Peristiwa minggu lepas telah memberi impak yang buruk kepada pelabur seperti anda dan pasaran kripto secara amnya. Memandangkan situasi ini digemparkan dengan berita yang mungkin membuatkan anda ragu-ragu dan tidak menentu, kami di Tokenize Malaysia ingin memberi jaminan bahawa anda dan juga aset anda berada dalam keadaan yang selamat.
Kami telah membina platform pertukaran aset digital kami di Malaysia mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sejak dari permulaan lagi. Garis panduan yang ditetapkan itu mungkin membuatkan sesetengah pihak merasakan ia sebagai satu penyekatan kepada dunia kripto yang luas dan pantas, realitinya ia merupakan peraturan yang telah direka untuk melindungi anda daripada segala jenis senario negatif yang sedang berlaku sekarang.
Berikut adalah beberapa sebab untuk anda berasa yakin dan selesa sebagai pengguna Tokenize Malaysia :
- Aset ANDA, Sepanjang Masa
Hak milik kepada Aset Digital anda akan kekal bersama anda dan tidak boleh dipindahkan kepada Tokenize Malaysia atau kepada mana-mana syarikat dalam organisasi Tokenize. Anda mempunyai kawalan penuh dan anda boleh melakukan pengeluaran pada bila-bila masa sahaja, tertakluk kepada gangguan, masa henti dan dasar lain yang berkenaan.
[Ketahui Lebih Lanjut]
- Aset Anda adalah 1:1
Tokenize Malaysia memegang aset anda (MYR & Aset Digital) 1:1. Kami tidak meminjamkan atau menggunakan semula aset pengguna. Ini bermakna aset anda boleh diakses oleh anda pada setiap masa.
- Syarikat Tempatan
Kami adalah sebuah syarikat tempatan yang ditubuhkan di Malaysia dengan kehadiran fizikal penuh di daerah pusat perniagaan Tun Razak Exchange (TRX).
- Keselamatan Gred Institusi dengan Insurans
Selamat, seperti bank. Bukan sahaja bersandarkan kepada piawaian pemegang amanah/jagaan, platform kami dilindungi oleh protokol keselamatan terkemuka industri dan prosedur berbilang lapisan yang disediakan untuk melindungi aset anda. Usaha ini disokong lagi dengan insurans USD100 juta, cukup untuk memberikan perlindungan penuh beberapa kali ganda.
- Dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti
Tokenize Malaysia (Tokenize Technology (M) Sdn. Bhd.) berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti sebagai Pengendali Pasaran yang Diiktiraf (RMO) untuk mengendalikan Pertukaran Aset Digital (DAX) di Malaysia. Kami tertakluk kepada garis panduan dan prosedur yang ketat untuk memastikan tahap keselamatan tertinggi untuk pelabur. Ini termasuk audit tetap terhadap dana, piawaian operasi dan sistem keselamatan.
- Disokong oleh Institusi Kewangan yang Dipercayai
Pada tahun 2021, Kenanga Investment Bank Berhad memperoleh 19% kepentingan ekuiti dalam syarikat kami, yang mendorong kepada pembentukan perkongsian yang memanfaatkan reputasi dan pengalaman bertahun-tahun mereka untuk membantu kami menjadi peneraju dalam menyediakan penyelesaian mata wang kripto / aset digital untuk portfolio pelaburan anda.
Kami berdedikasi dalam komitmen kami untuk menyediakan platform yang selamat dan dipercayai untuk berdagang, melabur, menyimpan dan meneroka mata wang kripto / aset digital untuk anda.
Jika anda memerlukan bantuan, sila hubungi saluran Sokongan Pelanggan kami di sini , tersedia 9 pagi-6 petang setiap hari (tidak termasuk Cuti Umum).